Monday, February 02, 2009
Jangan la Marah-Marah...
Ada beberapa cara bagaimana kita boleh mengatasi perasaan marah:
1) Ahli psikologi menyarankan bila kita merasa nak marah, cubalah renung kuku ibu jari tangan kita kira-kira 2 minit. Dengan cara itu kita akan dapat mengubah fokus dari emosi ke pemikiran.
2) Ada pula ahli psikologi yang mencadangkan supaya kita membilang 1,2,3,4,5... ...sehingga perasaan kita yang tegang itu menjadi kendur.
3) Ketika perasaan marah sudah menguasai diri, cubalah bawa tersenyum kerana dengan cara itu emosi kita akan menjadi tenteram. Tentu amat sukar kita hendak mengorak senyuman ketika sedang marah; tapi tidak mustahil kita mampu melakukannya jika dicuba.
4) Jika anda beragama Islam perkara di bawah ini mungkin boleh menolong:
- Bawa beristighafar atau mengucap berulang kali.
- Baca mana-mana ayat al-Quran yang kita tahu terutama
surah an-Nas
- Ambil wuduk (jika mampu)
- Solat sunat (jika perlu)
Semua cara di atas bertujuan untuk memindahkan fokus kita dari emosi ke pemikiran. Bila pemikiran kita sudah berjaya mengawal emosi, insyaallah perasaan marah kita akan reda dan seterusnya hilang. Biarlah pemikiran (cognitive) menguasai diri kita – bukan emosi !!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment