Bola jaring merupakan sukan yang sama dan terhasil dari bola keranjang, pada asalnya dikenali dinegara asalnya, Amerika Syarikat sebagai "bola keranjang wanita". Dicipta oleh Clara Gregory Baer[1], peneraju dalam sukan wanita, ia kini merupakan sukat berpasukan wanita tersohor (kedua-dua sebagai penonton dan pemain sukan) di Australia dan New Zealand dan turut popular di Jamaica, Barbados, South Africa, Sri Lanka, dan United Kingdom.
Gambaran dan peraturan
Sebagaimana bola keranjang, permainan ini dimainkan diatas gelanggang keras dengan gelung mata dikedua hujung gelanggang, dengan bola menyerupai bola keranjang (tetapi lebih ringan, kecil dan lembut sedikit binaannya, malah kebanyakannya putih).Gelungnya mempunyai dimensi lebih kecil dan rendah berbanding gelung bola keranjang, dan juga ia tidak mempunyai papan latar. Gelangang dibahagi kepada tiga yang mengawal pergerakan setiap individu dalam pasukan, dan dua separuh bulatan "bulatan penjaring - (shooting circles)" pada setiap hujung di mana semua lontaran gol perlu dilakukan.
Terdapat tujuh pemain setiap pasukan, yang dilantik, kedudukan yang ditetapkan. (Sesetengah variasi remaja (junior)/latihan hanya mempunyai lima pemain setiap pasukan.) Setiap pemain memakai "bib" menunjukkan satu dari kedudukan di bawah, menunjukkan kedudukan pemain. Setiap pemain hanya dibenarkan pada sudut tertentu digelanggang: pemain yang terkeluiar dari kedudukan mereka dianggap "salah kedudukan -(offside)"
Kedudukan bola jaring | |||
---|---|---|---|
Nama kedudukan | Abbreviation | Lawan | Kawasan dibenarkan |
Goal Shooter | GS | Goal Keeper. | Attacking goal third including goal circle |
Goal Attack | GA | Goal Defence | Attacking goal third, goal circle, and center third |
Wing Attack | WA | Wing Defence | Attacking goal third and center third, not goal circle |
Centre | C | Centre | Everywhere except goal circles |
Wing Defence | WD | Wing Attack | Defensive goal third and centre third, not goal circle |
Goal Defence | GD | Goal Attack | Defensive goal third and centre third, including goal circle |
Goal Keeper | GK | Goal Shooter | Defensive goal third, including goal circle |
Saiz gelanggang
Gelanggang bola jaring besar sedikit dari gelanggang bola keranjang, sepanjang 30.5m dan selebar 15.25m. Garis panjang dikenali sebagai Garis Sisi dan garis panjang dikenali sebagai Garis Gol (Goal Lines). Gelanggang dibahagi kepada tiga kawasan sama besar. Bulatan Pusat bergaris pusat 90cm terletak ditengah gelanggang. Separuh bulatan bergaris pusat (radius) 4.9m pada setiap Garis Gol dikenali sebagai Bulatan Gol. Lebar garis gelanggang tidak lebih dari 50mm. Tiang gol adalah setinggi 3.05m dari atas gelung. Gelung mempunyai dimeter dalam 380mm dan terletak 150mm dari tiang gol. Gelung diperbuat daripada besi bergaris pusat 15mm.
p/s : aku suke main bola jaring.tp main biasa-biasa je la.kenape?? tak percaye??hoho
hahaha..
ReplyDeletesemut npe ko citer psal gelanggang bola jaring plk ni??
hihihi..
jom2 lawan lg..
ekek;))
haha
ReplyDeletesajer jer nk berkongsi mklumt pd sape2 yg nk tahu
huk3...
jom lat
kite lwan 2 org je nak??
=p
salam ukhwa.....
ReplyDelete