Tuesday, May 19, 2009

Waktu berdetik tak Bisa aku hentikan

aku tidak tahu kenapa aku begini
mungkin aku terlalu pentingkan diri sendiri..
aku terlalu sunyi..
mengharapkan kau hadir menemaniku dikala ini

aku terlalu bosan
tidak salahkan aku kerna mencari teman ?
dan kau terlalu sibuk dengan urusan kau
sehingga kau terlupa aku disini

aku tidak salahkan kau diatas kesibukan itu
aku cuba mengerti dan cuba memahami keadaan mu

aku tahu kita terlalu jauh..
dan aku benci kejauhan ini !!

aku tak pernah melupakan mu
kau umpama setiap hembusan nafasku
kadang kala aku terfikir adakah kau juga mengingati ku sepertimana aku mengingati dirimu??

semua yang berlaku antara aku dan yang lain hanyalah semata-mata gurauan sahaja.
aku tidak pernah berniat untuk menggantikan mu dengan yang lain.
mereka tidak layak untuk berada dihatiku sepertimana kau yang istimewa dihatiku.

tidak banyak yang aku pinta darimu
cukuplah jika kau cuba untuk memahami keadaan ku..
sepertimana aku cuba untuk memahami dirimu..

M.A.A.F

1 comment:

  1. iye..diri ini memang benci kejauhan..sangat menyakitkan!!tapi ada hikmah semua tue kan..kite sabar jewk ye cik fara..hihi

    ReplyDelete