Sunday, June 21, 2009

maaf mu diterima

Aku juga seperti insan yang lain..
mempunyai perasaan yang sama dengan semua manusia yang hidup dibumi ini
aku bukan boneka seperti robot yang kau boleh buat apa sahaja.

aku tertawa,
aku bersedih,
aku kecewa,
aku gembira,
aku marah,
semuanya cukup

pernah suatu ketika dulu,aku merasakan semua perasaan ini..
cukup indah..
bagi ku
perasaan untuk menyayangi itu suatu yang amat istimewa..sukar untuk diungkap dengan kata-kata.
aku menyanyangi seikhlas hatiku.tidak sedetik pun aku terfikir untuk merubah perasaan yang ada ini.

tapi dengan tiba-tiba,
kau yang bernama lelaki telah merampas semuanya dariku,
menghancurkan segala yang ada.dan mengubah diriku menjadi seperti orang lain!
aku tertipu dengan perasaan ku sendiri.
aku benci kau yang bernama lelaki!
sehingga kini aku cuba untuk melupakan segala yang pernah berlaku..

dan kini..
kau muncul tanpa diundang
kenapa kau mesti hadir dalam hidupku??
hanya sekadar untuk memohon maaf kan
ya.aku sudah memaafkan mu tetapi
aku tidak akan pernah lupa apa yang telah kau lakukan!

jangan kau ganggu hidupku lagi.
aku mohon..
aku kini sedang cuba untuk merasai perasaan yang indah itu lagi.
aku berharap kau yang ku sayang akan membiarkan perasaan yang indah itu sentiasa di hati kita berdua.
sayang..perasaan indahku adalah buatmu


-aku mahu perasaan yang indah itu lagi-

farra : alangkah bagus kalau aku tak pernah kenal dengan menusia bernama lelaki tu

2 comments:

  1. semoga dpt perasaan indah y dcari itu.
    lupekan saje laki keparat y sungguh berkarat!!
    huh
    ceceh ter emo lak..haha

    n_n

    ReplyDelete