Sunday, May 31, 2009

KaMi SeRoNok

sabtu = 30 mei 2009
jam 10 pagi- 6 petang

Finally aku keluar juga.setelah sekian lama duduk terperap kat rumah.
me with my sys.kami pergi meronda-ronda
dekat CS ( central square ). pergi ayah yang hantar.

kami suka sebab tak perlu tunggu bas yang lembap tu.

terlalu awal kami sampai,semua kedai pun tak bukak lagi.
haha,terlalu excited.( bukan cmtu..kami awal sebab ayah kami yang hantar).

duduk kt food court hampir dua jam.huh. semata-mata nak tunggu lagi 2 orang mamat ni datang.sabar je lah. bermulalah aktiviti kami.tengok wayang,window shopping,makan-minum,karaoke.last acara mensnap picture.poyo jer semua orang.
hari ini seronok tapi aku tak puas sebab aku rase mase aku jadi pendek sebab tengok wayang tu.salahkan tengok wayang pulak padahal aku yang beriye.tak pelah,next time kami keluar lagi.


cite ni besh au, rugi tak tengok


gambar saja :


pintu masuk

bahagian lain

pemandangan jalan bercampur mahluk penyibuk

aku bersama adik ketika baru sampai ( kat food court )

kami berempat : reez, farra, jia, dan izwan.adik aku gila glamour kan? muka dia je lebih.
muka mamat baju merah tu awat tak nampak.ish

inikah namanya shopping?? oh bukan lar..terlalu sedikit tu

sempat lagi tu..( lepas da habis berjalan ) kenapa aku rase muke aku je yang cerah dlm gamba ni? nak tunjuk aku lagi putih dr adik aku la wei..haha.adik jangan jeles yer

malu lak mamat ni...poyo!
aku bersama dengan siapakah ini??

kami kawan saja.betul kan??

farra : hilang jugak kebosanan aku duduk dirumah

tagged from miss fatin nazira

1. do you think you hot?
---> yes.become hot when i marah la.hehe

2. upload a favorite picture of you..


3. why do you like that picture?
---> i look like a boy..aku seorang pengkid kah??lu fikir la sendiri.weee..

4. when was the last time you ate pizza?
---> waktu balik dari karnival buku..mr azlan yang belanja.terima kasih yer

5. the last song you listened to?
---> bercinta by faizal tahir

6. what are you dong now besides this?
---> tengok email dan merindui seseorang

7. what name would you prefer than this?
---> tak mahu nama lain.mahu nama ini juge..weee

those who will be tagged ?

1- lalat
2- anour
3- alan
4- oh dania
5- sapa-sape jer la

8. who is number 1?
---> aku panggil dia cik lalat,.haha.dia satu kos dengan aku.

9. number 3 having relationship with?
---> i do not know.try ask him lo

10. say something about number 5
---> .....

11. how about number 4.
---> she is my friend

12. who is number 2 ?
---> my friend also.

Friday, May 29, 2009

KaLau Ade SoaLan meStiLah Ada JaWaPannYe

1) Bekas kekasih saya adalah....
---> seorang yang dapat menawan hati saya dulu tapi sekarang tidak lagi.oh sedih pulak

2) Saya sedang mendengar...
---> bebelan adik yang merepek tu

3) Mungkin saya patut...
---> makan banyak-banyak sambil berdiet.ohh bagaimana tu??weee...

4) saya suka...
---> senyap pabila saya terasa.erti kata lain sifat buruk da tiba...

5) Sahabat- sahabat saya...
---> semua cumel-cumel seperti saya.( saya mula perasan )

6) Saya xpaham..
---> kenapa semua orang tidak faham diri saya.kenapa ya??

7) Saya kehilangan...
---> semua chocolate saya sebab saya dah makan =)

8) Ramai yang berkata...
---> pipi saya tembam.ah korang jeles ar tue.heeee..

9) Cinta itu adalah...
---> cinta itu boleh diumpamakan bagai makan sambal belacan, walau pedas hingga mengalir airmata masih mau dimakan juga..(eh,macam pernah dengar kan??)

10) Disuatu tempat, seorang sedang...
---> senyum sendirian.erm..pelik??rupa-rupanya dia sedang baca sms lorh..

11) Saya akan cube...
---> untuk menjadi seorang gadis yang lebih rajin,rajin dan rajin..

12) Ayat SELAMANYA membawa maksud..
---> forever, hingga ke akhir hayat, berkekalan, dan sampai bila-bila.itulah maksudnya

13) Telefon bimbit saya..
---> w910i.gunalah sony ericsson.gerenti puas hati.eceh promote.ah suka hati ar..

14) Bila saya terjaga...
---> terus tengok handphone kesayangan.kemudian sambung tidur semula.heee...

15) Saya paling meluat...
---> bila tengok perempuan yang mengewdix-gewdix lagi tergewdix-gewdix..eeeei,gewdixyer!!

16) Haiwan yang paling comey sya pernah temui...
---> anak kucing siam.nak jugak kucing,ha,amik la.

17) Malam ini sya akan..
---> online dan berborak

18) Ketika anda melihat cermin pada pagi ni..
---> saya mahu rambut saya jadi lebih panjang

19) saya btol2 ingin kn...
---> sebuah rumah 2 tingkat dan sebuah kereta myv warna hitam dan duit yang banyak.tak salah kan??

20) Siapa yg anda ingin tag..
---> semua orang yang baca post nie.weeee.silalah buat yer..


farra : aku suka buat ini...


Wednesday, May 27, 2009

MesSaGe meRapu

Ramai kawan aku marah bila aku tak reply sms yang mereka bagi
huhu...
bukan sengaja tak mahu reply
mungkin waktu tu handphone aku kehabisan kredit dan aku lupa nak nak topup
mungkin aku tak perasan bila sms korang tu sampai.heee...
mungkin jugak korang tanye soalan yang merepek buat aku malas nak taip message tu.weeee...

agak pelik bila dapat message dan message tu berbunyi
lebih kurang camni :

" wei,mana yang lagi best?"
" single or couple ??
" farra, sekarang ko single ke da couple??"

aku malas nak jawab soalan tu,padahal dorang lebih tahu.huh!
aku rasa mereka ni memang sengaja nak perli aku.huhuuuuu
kat sini aku jawab, mungkin dua-dua pun best.wahaha
gilakah aku??
SINGLE is SiMpLE
COUPLE make TROuBLe

am i rite?

dan jawapan untuk soalan kedua tu :
aku single sahaja.
tipu la??
aku ada couple ker??
tunjukkan ar mana dia...

aku nak sangat kawan-kawan aku bace post nie.
dorang tau ker aku ade blog??entah lar...

farra : mula terfikir better single or couple??

Tuesday, May 26, 2009

Ta paYah teNgok


minggu PMS

sekian,terima kasih


farra : kan da kate tak payah tengok....

Monday, May 25, 2009

Ada aPa Denganku

mungkin aku masih boleh tertawa dan tersenyum
tapi...

pernahkah kau berfikir
tentang perasaan hatiku ini??


farra : biar senyum hadir dihariku..

Dear Diary...

baru sekarang korang semua tanya pasal aku dengan dia??
dulu bila aku dengan dia korang tak dapat terima tapi mengapa baru sekarang??
semua sibuk bertanya :

dia sihat?
ko dengan dia ape cerite?
dia buat ape sekarang?
ko tak rindu dia?
ko tak message dia?
ko tak call dia?

semua pertanyaan ni membuatkan aku bingung
membuatkan aku teringat padanya kembali..
adakah dia sihat?dia sedang buat apa? aku rindu suaranya
yer.aku akui aku sayangkan dia tapi kami tak boleh bersama..
salah aku kah kerana cuba untuk melupakan dia??
aku tahu aku tak mampu tapi aku cuba....
ini yang terbaik untuk kita kan..


walau aku menafikan hati aku tetap mengingatimu...
aku tetap diam...

farra : hanya aku yang tahu..

Mahu yang MaNa satu??

Dulu


Sekarang





Farra : aku memang suka bunga.




Sunday, May 24, 2009

Abang PoSmen terima KaSih

Suprise Untuk aku...
kotak pinky yg comel

manyak chocolate


aku suka bunga


walaupun jauh...

walaupun dia tidak sihat..

tapi...

dia sanggup..

terima kasih untuk semua ni...



farra : terharu..dia sanggup guna dwet terakhir untuk beri semua ni..
memang buat aku sayang kat dia lah

Wednesday, May 20, 2009

KotaK - MaSih CiNta

Tik tik tik Waktu berdetik
Tak mungkin bisa ku hentikan
Maumu jadi mauku
Pahitpun itu ku tersenyum

Kamu tak tahu rasanya hatiku
Saat berhadapan kamu

Tik tik tik Air mataku
Biar terjatuh dalam hati
Mau ku tak penting lagi
Biar ku buat bahagiamu

Kamu tak tahu rasanya hatik
Saat berhadapan kamu
Jadi diriku, yang masih cinta

Kamu tak tahu hancurnya hatiku
Saat berhadapan kamu
Kamu tak bisa bayangkan rasanya
Jadi diriku, yang masih cinta


farra : sekarang aku gilakan lagu ni

Tuesday, May 19, 2009

Waktu berdetik tak Bisa aku hentikan

aku tidak tahu kenapa aku begini
mungkin aku terlalu pentingkan diri sendiri..
aku terlalu sunyi..
mengharapkan kau hadir menemaniku dikala ini

aku terlalu bosan
tidak salahkan aku kerna mencari teman ?
dan kau terlalu sibuk dengan urusan kau
sehingga kau terlupa aku disini

aku tidak salahkan kau diatas kesibukan itu
aku cuba mengerti dan cuba memahami keadaan mu

aku tahu kita terlalu jauh..
dan aku benci kejauhan ini !!

aku tak pernah melupakan mu
kau umpama setiap hembusan nafasku
kadang kala aku terfikir adakah kau juga mengingati ku sepertimana aku mengingati dirimu??

semua yang berlaku antara aku dan yang lain hanyalah semata-mata gurauan sahaja.
aku tidak pernah berniat untuk menggantikan mu dengan yang lain.
mereka tidak layak untuk berada dihatiku sepertimana kau yang istimewa dihatiku.

tidak banyak yang aku pinta darimu
cukuplah jika kau cuba untuk memahami keadaan ku..
sepertimana aku cuba untuk memahami dirimu..

M.A.A.F

Monday, May 18, 2009

MahLuk ZaMaN Muda ReMaJa

Duduk di rumah terlampau bosan jadi aku pun berpura-pura mengemas baju-baju dalam almari. setelah berabad aku tak menjenguk dengan teliti almari baju aku ni,aku dapati banyak sangat baju yang aku sudah tidak mahu pakai.huuuu...patut la aku rasa almari baju tu da tak muat.aku pun bersungguh-sungguh la mengemas.poyo ah kau farra.tiba-tiba sedang asyik mengemas,aku ternampak sesuatu.apa tue??


inilah dia mahluk yang aku nampak tu..



mahluk ni mengingatkan aku zaman muda-muda dulu.aku terpaksa menjahit siang dan malam
oohhhh NooOOoo..!
aku tidak suka.


ini hasil kerja tangan aku.hahaha.nampak tak nama aku tu???




farra : aku tak pandai menjahit

NaMA-NaMA JePuN PiLihaN

1.Yg pemarah - KEJI CACIMAKI

2. Yg tak suka brg mahal- SATO SUKAMURA

3. Yg bisu - KITA TADASUARA

4. Yg suka makan tose - NANACHI HITOSE

5. Yg suka lagu blues - APO NADIKATO

6.Yg suka belajar - ASIKO ULANGKAJI

7. Yg kerap bikin ribut - WAKASI HURUHARA

8. Yg masih bujang - MATIMATI TAMOKASI

9 .Yg asyik berbini - ASIKO GILOBETINOKO

farra : suka yang mana satu?

DaDDy DaN aNaK

Suatu pagi seorang anak yang baru masuk sekolah primary bertanya kepada daddynya,

'Daddy.daddy .... sex tu apa, daddy ....?'

Terkulat-kulat si ayah. Terfikir dia tentang arus kemodenan zaman sekarang yang membuatkan manusia berfikiran terbuka, termasuklah anak-anak yang masih kecil. Sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang hangat dibincangkan, mulalah si ayah mencari-cari jawapan yang sesuai dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan moden.

Maka si ayah pun memberikan jawapan secara mengkiaskan kumbang dan bunga, telur yang yang menetaskan berudu dan seterusnya menjadi katak, hujan serta benih yang mencetuskan tunas, diikuti dengan pembentukan bayi dalam kandungan.

Sebelum mengakhiri jawapannya itu, si ayah menyelitkan pula kisah percintaan antara dia dan mamanya sejak dari zaman sekolah menengah lagi hinggalah kepada kelahiran seorang bayi comel iaitu si anak yang bertanya itu. Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak. Si ayah kehairanan.

'Eh kenapa ni?'

Si ayah bertanya kehairanan. Si anak masih juga menangis.

'Jawapan daddy tu panjang sangat, tapi tempat nak tulis jawapan ni pendek. Daddy ajalah yang tulis, waaaaa!!!!'

Kata si anak lantas menyerahkan buku latihan Bahasa Inggerisnya yang pada muka depan tertulis.... ..

SCROLL DOWN ....









farra : =)

Suaramu KaCak

pertama kali aku dengar orang cakap suara hensem.suara pun hensem keW??

serius tak tipu..

malam bile entah my sayang call.kami borak-borak.rindu kot..da lame die tak call kitew taw.

suddenly my sys menyibuk nak cakap dengan "abang ipar" kononnya lar..poyo jer ko sys.aku pun pas handphone kt die.then terus dia cakap dengan my syg. perkataan pertama yang aku dengar my sys cakap " eh..suara abang nie hensem lar".."macho ar.."excited jer adik aku nie..tak habis-habis die cakap suara my syg tu hensem.aku tak tahan lar.aku terus gelak dengan kuat yer..ahakhahaha..

sampai sekarang aku tak faham
kenapa adik aku cakap suara die hensem
tak pelah syg...memang suara u hensem kot.haha..

sayang, suara u hensem muke u cute.macam mashimaro..hohoho


p/s: lepas ni i nak selalu cakap yg suara u hensem lar..hihi

AkaDemi FaNtaSia

aku ni peminat akademi fantasia..haha.poyo kan??suka hati aku lar..banyak da terlepas konsert-konsert sebelum nie tapi nasib baik yang final ni aku dapat tengok.malam tu semua pelajar cuba lakukan yang terbaik cume disebabkan lagu yang dorang dapat tak menarik membuat konsert malam tu macam tak berape nak meriah la..ini pandangan aku k..yang penting aku suka awok,muke die cute dengan style rambut die tue.aduh,,,,memang rase nak pandang jer setiap mase.sorry syg,jangan marah ey..=)
kat bawah ni aku senaraikan sape juara sehingga tempat ke 5.

hafiz..juara akademi fantasia 7..tahniah..rambut die unik.


aril a.k.a awok..tempat ke 2..ni la bf ke2 aku.hua3(perasan kn aku??)aku suka tengok mamat nie.sebab die ade style.ensem dowh.mak aku pun mint mamat ni skali kot..syg..klw u ley buat style rmbut cm aril nie mesti u jadi cute cm die jugak.hoho

akim..tempat ke 3..selalu buat persembahan terbaik.keep it up akim!!!

yazid..tempat ke 4..dia ni klaka..tym final dapat lagu yangtak sesuai pulk...

isma..tempat ke 5..suara die sedap cume tak ramai orang undi..


farra: siapa pula yang akan terpilah dalam af 8 nnti?? persoalannya af still ade kew??

Sunday, May 17, 2009

InFo < Virus H1N1 ancam manusia >

Apakah dimaksudkan dengan selesema babi?

Ia sejenis masalah pernafasan yang disebabkan virus influenza A dijangkiti babi. Ada banyak jenis virus dan jangkitannya sentiasa berubah. Ia sebelum ini tidak menjangkiti manusia, tetapi keadaan ketika ini membuktikan sebaliknya dan mudah tersebar di antara manusia, dipercayai menerusi batuk dan bersin.

Ia juga jenis baru virus H1N1 yang turut menyebabkan wabak besar-besaran demam selesema pada 1918. Rawatan yang ada setakat ini berkesan, tetapi ia tidak mempunyai sebarang vaksin. Biarpun H1N1 ialah jenis sama yang menyebabkan jangkitan demam selesema di kalangan manusia, tetapi versi terbaru virus ini amat berbeza. Ia mengandungi bahan genetik yang lazimnya ditemui dalam virus yang dijangkiti manusia, unggas dan babi.

Virus demam selesema mampu menukar komponen genetik di antara satu sama lain. Versi baru jenis virus H1N1 itu hasil campuran beberapa versi virus berkenaan di dalam ‘induk’ haiwan yang sama. Babi misalnya, disifatkan lubuk paling sesuai bagi membolehkan virus ini saling bergabung. Biarpun virus ini lazimnya menular pada musim luruh dan sejuk, ia juga boleh merebak sepanjang tahun.

Bagaimana wabak berlaku?

Mutasi virus demam selesema sentiasa berlaku dan berubah yang menyebabkan perubahan kecil protein di permukaannya yang dikenali sebagai antigen. Sistem daya tahan atau imun badan mungkin kebal terhadap jangkitan itu jika ia pernah berdepan virus sama sebelum ini, tetapi boleh menjadi lemah jika ia membabitkan antigen baru. Virus selesema yang menjadi tumpuan ramai sekarang adalah sejenis virus influenza A H1N1 yang dijangkiti unggas, mamalia tertentu serta manusia.

Mutasi virus selesema

Virus influenza A boleh melalui proses mutasi dalam dua cara - perubahan antigenik yang mana antigen sedia ada berubah. Satu lagi membabitkan perubahan gabungan dua atau lebih antigen. Perubahan antigen ini berlaku dari setahun ke setahun membabitkan jenis yang lazimnya dijangkiti manusia. Berikutan itu, manusia mempunyai separuh, jika tidak sepenuh kekebalan. Sebaliknya, virus H1N1 yang baru itu dilihat berasal daripada perubahan antigen babi di Mexico.

Potensi virus ini

Nama selesema babi itu memberi gambaran kurang tepat kerana ia seolah-olah mengaitkan babi sebagai ‘lubuk’ campuran beberapa jenis virus selesema iaitu gabungan genetik babi, unggas dan manusia. Ada antara antigen itu membabitkan jenis baru yang tidak pernah disaksikan sistem imun hampir keseluruhan manusia. Berikutan itu, jenis baru ini berpotensi mencetuskan pandemik atau wabak besar-besaran.

Bolehkah manusia dijangkiti selesema babi?

Ia lazimnya tidak dijangkiti manusia, kecuali kes tertentu membabitkan mereka yang bersentuhan dengan haiwan itu. Malah ada kes yang sebelum ini jarang berlaku yang mana manusia menyebarkan virus itu kepada individu lainnya. Wabak terbaru ini menjadi bukti jangkitan antara manusia dari manusia itu secara mudah dan cepat yang sekali gus memerlukan perhatian segera pihak berkuasa kesihatan di seluruh dunia. Virus itu tersebar dari manusia kepada manusia, sama seperti virus selesema lain menerusi batuk, bersin atau sentuhan pada permukaan yang dijangkiti.

Apakah ia jenis baru virus?

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan sekurang-kurangnya beberapa kes jangkitan manusia membabitkan jenis H1N1 yang belum pernah dilihat sebelum ini. H1N1 ialah jenis sama yang menyebabkan wabak demam selesema di kalangan manusia sering berlaku. Tetapi kali ini, jenisnya berbeza kerana mengandungi material genetik yang lazimnya ditemui dalam virus yang dijangkiti manusia, unggas dan babi.

Contoh kejadian penyebaran selesema babi di kalangan manusia?

  • 1976 - Wabak selesema babi di kalangan anggota tentera di Fort Dix, New Jersey. Virus itu menyebabkan masalah pneumonia atau radang paru-paru yang dihidapi sekurang-kurangnya empat askar dan satu kematian lain. Virus itu tersebar dengan mudah berikutan persekitaran latihan ketenteraan dan terhad kepada pihak luar.
  • 1988 - Seorang wanita 32 tahun yang hamil dan diketahui sihat, dimasukkan ke hospital kerana radang paru-paru dan mati lapan hari kemudian. Pemeriksaan lanjut menemui virus H1N1. Empat hari sebelum jatuh sakit, mangsa mengunjungi satu pesta pameran babi dan binatang itu diketahui mempunyai gejala selesema babi.


Sejauh mana bahayanya?

Simptom selesema babi sama seperti jenis yang mencetuskan demam selesema yang sering berlaku, seperti demam, batuk, sakit tekak, sengal badan, kesejukan dan lemah atau lesu.

Perlukah kita bimbangkan ancamannya?

Berikutan ciri-ciri virus baru ini yang memungkinkan penyebaran dari manusia kepada manusia, ia perlu dipantau rapi sebagai persiapan kemungkinan mencetuskan wabak besar-besaran pada peringkat global. Pihak WHO sudah memberi amaran, jika kes di Mexico dan Amerika Syarikat itu sama, ia boleh mencetuskan pandemik atau wabak besar-besaran di seluruh dunia dan menegaskan keadaan sekarang sememangnya serius, biarpun ada pakar menyifatkannya terlalu awal untuk menilai keadaan itu secara keseluruhannya. Tetapi mereka tidak menolak kemungkinan dunia semakin hampir kepada wabak demam selesema besar-besaran sejak wabak yang tercetus pada 1968.

Pakar turut mengkategorikan tahap ancaman itu di paras empat berbanding skala enam peratus. Tiada siapa pun tahu impak keseluruhan wabak besar-besaran itu, tetapi pakar sebaliknya sudah memberi amaran ia boleh menyebabkan kehilangan berjuta-juta nyawa.

Hakikat, kesemua kes di Amerika Syarikat dan lainnya yang menyebabkan gejala atau simptom sederhana, disifatkan sebagai satu perkembangan yang menggalakkan. Ia menunjukkan seriusnya wabak di Mexico berkemungkinan besar disebabkan faktor geografi yang berbeza dan disifatkan amat luar biasa yang mungkin menunjukkan ada virus kedua yang tiada kaitan menular dalam masyarakat dan berkemungkinan tidak semudah itu mencetuskan masalah di seluruh dunia.

Kemungkinan lain, mangsa yang dijangkiti di Mexico, mungkin mendapatkan rawatan lewat di negara lain.

Andaian lain, mungkin juga virus yang tersebar di Mexico berbeza daripada jenis yang tersebar di tempat lain dan ini pun masih perlu disahkan oleh analisis makmal. Namun, hakikat majoriti mangsanya masih muda juga disifatkan menjadi petunjuk yang agak aneh kerana andai masalah ini dikaitkan dengan musim demam selesema, ia lazimnya menyerang mangsa yang lebih tua.

Berapa lamakah tempoh mereka yang dijangkiti menyebarkan kepada orang lain?

Mereka yang dijangkiti selesema babi, disifatkan sebagai boleh menyebarkan virus itu selagi masih ada simptom berkaitan sehingga tujuh hari sejak gejala itu mula dikesan. Kanak-kanak misalnya, berpotensi dijangkiti bagi tempoh lebih lama.

Simtpom atau gejala?

Demam, batuk, sakit badan, sukar bernafas

Bolehkah virus ini dikawal?

Virus ini sudah pun menunjukkan tanda-tanda penularan hampir di seluruh dunia dan kebanyakan pakar percaya usaha mengawalnya pada era yang menyaksikan perjalanan udara suatu kelaziman, sememangnya amat sukar.

Cara rawatan dan vaksinnya?

Pihak berkuasa Amerika Syarikat berkata ada dua jenis ubat yang sering digunakan bagi merawat demam selesema - Tamiflu dan Relenza yang terbukti berkesan merawat kes sebelum ini. Namun, ia perlu diberi seawal mungkin bagi memastikan keberkesanannya. Penggunaan ubat ini juga menyukarkan virus itu dijangkiti orang lain. Kerajaan Britain sudah pun menyediakan bekalan 33 juta dos Tamiflu yang dipesan awal bagi berdepan pandemik ini. Namun, tidak jelas sejauh mana keberkesanan vaksin yang ada sebagai perlindungan jenis baru virus ini yang secara genetiknya berbeza daripada jenis lain. Saintis Amerika sudah pun menghasilkan vaksin baru tetapi ia memerlukan masa untuk disempurnakan dan dihasilkan bagi memenuhi permintaan besar dunia. Ada satu vaksin yang digunakan bagi melindungi manusia daripada versi awal selesema babi di Amerika pada 1976. Bagaimanapun, ia menyebabkan kesan sampingan serius, termasuk kira-kira 500 kes sindrom Guillain-Barré yang menyebabkan lebih banyak kematian berbanding kesan wabak ketika itu.

Apa harus lakukan untuk selamat?

Mereka yang mempunyai simptom atau gejala demam selesema atau ada kemungkinan terdedah kepada virus selesema babi, perlu mendapatkan rawatan perubatan termasuk segera ke hospital.

Bagaimana mengelak jangkitan?
  • Elakkan berada di tempat mereka yang kurang sihat dan menghidap demam serta batuk.

  • Amalan kawalan am jangkitan dan persekitaran yang bersih, boleh mengurangkan risiko menyebarkan virus.

  • Tutup hidung dan mulut apabila bersin atau batuk dengan menggunakan tisu dan dibuang dengan cara betul.

  • Kerap basuh tangan dengan sabun atau cecair pembasmi kuman dan air bagi mengelak penyebaran virus dari tangan ke muka serta kepada orang lain. Juga, kerap cuci permukaan seperti tombol pintu, menggunakan cecair cucian yang sesuai.

  • Gunakan topeng pernafasan jika menjaga mereka yang sakit, selain mengelak risiko menyebarkan virus.

  • Segera berjumpa doktor jika mempunyai simptom dan pernah melawat Mexico, New York, California, Texas dan Ohio di Amerika Syarikat serta ke Kanada selepas 17 April lalu.

p/s : jaga kesihatan yer kawan-kawan...virus ni bahaya.

Aku Tak KeSah

pada sapa yang view dan baca blog aku ni..
terima kasih k..

aku cuma nak cakap kat sini,nak jelaskan apa yang tak berapa nk jelas..

mungkin banyak post entry kali ni berbau fall in lurve rite??
senang kate ayat-ayat cinta la kan..

bukan niat nak menunjuk yang aku ni tengah angau bercinta or sedang dilamun cinta,
itu tidak betul sama sekali!
definitely wrong!!
aku bukan post untuk tujuan itu.
mungkin sikit-sikit tu ade la tapi bukan tujuan utama.

aku cume suka post mende-mende macamtu
tak tahu kenapa aku suka.tapi yang penting aku suka.
bila aku marah or rasa sakit hati,
ayat cmtu boleh buat aku lupekn semua persaan negatif tu..pelik kan??

lagipun aku rase tak salah kalau aku nak post entry yg cmtu,
kerana ini blog aku,aku meluahkan ape yang aku rase..
kalau rase geli or menyampah nak bace tak perlu la tengok blog aku kan..

aku buat ape yang aku suka.
aku tak susah kan orang lain so
s.u.k.a.h.a.t.i.a.k.u.l.a




farra : harap anda semua mengerti dan faham ya...

HaRi iNi Aku SuKa

hari ni bangun agak awal..

kenapa??entah lar...mugkin sebab aku dengar bunyi bising kot

baru cadang nak puasa tapi tak jadi..
sebab hari ni emak masak lauk yang aku suka.hehe

ikan kembung masak cili api.fuhh sedap....

nanti aku nak makan banyak-banyak

hari ni aku online myspace..ade pulak orang kumen picture aku tue.
thanx korang.

erm..aku tunggu die text aku dari pagi td.tp die senyap jer..maybe die sibuk kot..tak pelah..

hanset pun tak berbunyi dari pagi tadi.bagus..tanda ye suruh jimat kredit la tue.haha

aku nak makan banyak-banyak hari ni.suka hati aku la..=)


farra : aku rasa badan aku da gewmox.ohh tidak.!!

LaGu DaRimu

TERCIPTA UNTUKKU....

by Ungu..


terima kasih kuucapkan padamu kerana menghadiahkan lagu ini buat ku...

mungkin kisah kita hanya tinggal kenangan...

adakah benar aku tercipta untuk mu??
tiada siapa yang tahu...

terima kasih kerana membenarkan aku menyayangi dirimu

TeMan SeBiLikKu

sajer je nak introduce roommate aku..hahaha..

Fufu jangan mara ey..nama diberi NOR FARAH DIANA ISMAIL HASHIM.eh betul ke fu??panggilan manje die fufu. Die ni budak akaun..no matrik die mestila rahsia.study kt uitm segamat la..da nama pun roomte aku.huhu.kami duduk satu bilik selama 4 sem.memang da cukup kenal gan perangai masing2.

disebabkan nama kami ni sama,perangai pun agak sama la..die ni kalau tengok memang pendiam tp kalau da kenal sebenarnya die banyak cakap jugak.haha..kami berkongsi banyak cerita bersama..keep it as a secret k fu.kami suka makan meegi bersama.haha.(tu je makanan paling mudah nak masak kt kolej tu..)..pe lagi nak cakap ey? Lastly thanks coz being such as a nice friend and roommate to me.



ni la die fufu!! Waktu ni kami bosan-bosan so saje-saje jer.disebabkn rambut kami panjang jadi kami buat tocang.da macm budak-budak tadika da nie..hihi.sorry rmbut xbrape nk nmpk.huhu

nampak tak rambut kat blakang tu??tu fufu la yang buat..rindu lak kt die


rindu suasana nie..=')